RSS

PENGUMUMAN

Pengambilan Penghuni Baru BHBS | BHBS sangat mengalu-alukan semua pihak yang mahu menempatkan anak-anak yatim perempuan di BHBS. Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menimbangkan semua permohonan yang diterima. Pengambilan penghuni BHBS adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Sebarang maklumat lanjut bolehlah diajukan kepada Sdr. Hisyam di talian 019-2301003


Baitul Husna Tidak Eksploitasi Penghuni Anak Yatim (Sinar Harian 12/2/2012)


Selepas mendengar pendapat orang ramai mengenai ketulusan mereka menderma tanpa berkira walaupun ada kalanya ditipu individu yang dikatakan sindiket atau tidak mendaftar dengan jabatan bertanggungjawab, kami temui mereka yang prihatin mengurus rumah anak yatim.

Rumah Baitul Husna Bukit Sekilau adalah antara rumah anak yatim dan kanak-kanak miskin yang mampu menguruskan penghuninya dengan baik.

Pengurusannya juga tidak pernah menganjurkan derma jalanan seperti yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab berselindung di sebalik nama madrasah atau rumah anak yatim tertentu.

Timbalan Pengerusi Unit Carian Dana Baitul Husna, Hilmi Mohd Noor berkata, kanak-kanak di Baitul Husna tidak pernah diarahkan meminta derma daripada masyarakat malah pengurusannya sentiasa mengambil tanggungjawab itu dengan cara terancang.

“Baitul Husna yang menempatkan hanya penghuni perempuan ditubuhkan dua tahun lalu pernah dibiayai Yayasan Al-Khalifah selama enam bulan,” katanya.

Selepas itu, katanya, pengurusan Baitul Husna kemudian berusaha memperkenalkan rumah itu kepada masyarakat dengan pelbagai program bersama ahli korporat dan individu yang sudi menderma.

“Impaknya, Baitul Husna kini semakin dikenali malah ada dermawan yang menghulurkan derma tanpa menyebut nama mereka,” katanya yang turut berbangga dengan pemberian penderma secara tetap.

Mohd Hilmi berkata, pihaknya mewujudkan blog dan facebook semata-mata memperkenalkan rumah anak yatim dan penghuni miskin itu kepada orang ramai.

Menurutnya, walaupun tidak mewah dan lengkap sepenuhnya tetapi mereka masih boleh menikmati kemudahan yang sepatutnya dalam sebuah rumah untuk membina sahsiah dan moral penghuninya.

“Sehingga kini, kita tidak pernah melantik mana-mana individu untuk meminta derma bagi pihak Baitul Husna tetapi saya sentiasa berusaha mendapatkan sumber kewangan untuk perbelanjaan mereka selain derma ikhlas masyarakat,” katanya.

Baitul Husna kini mempunyai 14 penghuni berusia antara 9 hingga 14 tahun masih memerlukan derma orang ramai bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan lebih sempurna.

Mereka yang ingin menghulurkan derma boleh menyumbangkan ke akaun Bank Islam 06082010001642 atau menghubungi Hilmi di talian 0162327061.

Sumber : Sinar Harian Pahang

Salam Maulidurrasul 1433H

Seluruh AJK Pengelola, Penyelia, Warden dan anak-anak Baitul Husna Bukit Sekilau (BHBS) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1433H. Marilah perbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda SAW.




Lawatan Mahabbah SME Bank Kuantan

 
Baitul Husna bukit Sekilau (BHBS) terus mendapat perhatian banyak pihak yang sentiasa mahu berbakti kepada anak-anak yatim. Terbaru, pada 28/1/2012 yang lalu, BHBS telah menerima lawatan daripada pihak SME Bank Kuantan. Lawatan yang bermula jam 9.30 pagi itu telah diketuai oleh Pengurus Besarnya sendiri.


Pihak SME Bank telah berbesar hati untuk menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan dan sumbangan wang kepada anak-anak BHBS. Dalam ucapannya, Pengurus Besar SME Bank menasihatkan anak-anak BHBS supaya sentiasa memberikan keutamaan terhadap pelajaran masing.

Anak-anak BHBS seterusnya diraikan dengan sesi jamuan makan. Semoga usaha murni oleh SME Bank ini mendapat perhatian dari pihak-pihak lain untuk terus membantu anak-anak disini. Jutaan terima kasih diucapkan dari kami seluruh warga BHBS.



Pengumuman : Baitul Husna Bukit Sekilau (BHBS) amat memerlukan sukarelawan akademik untuk membantu anak-anak dalam pembelajaran mereka. Ini terutamanya untuk calon-calon UPSR pada tahun ini.

Kami juga berbesar hati jika ada yang ingin menyumbang buku-buku rujukan dan buku-buku latihan bagi tujuan pembelajaran anak-anak disini.

Mari sama-sama merebut peluang untuk membantu anak-anak di Baitul Husna Bukit Sekilau. Semoga mendapat ganjaran yang besar disisi ALlah SWT.

Sesi Baru Persekolahan 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa semua anak Baitul Husna Bukit Sekilau (BHBS) memulakan persekolahan bagi sesi baru 2012 pada hari ini di tiga buah sekolah yang berlainan. Sekolah-sekolah tersebut adalah seperti berikut :
  1. Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan (2 orang Tingkatan 1);
  2. Sekolah Menengan Kebangsaan (P) Methodist ( 3 orang Tingkatan 2 dan 4 orang Tingkatan 1);
  3. Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau (3 orang Darjah 6 dan 2 orang Darjah 3).
Semoga anak-anak BHBS akan lebih fokus dalam sesi persekolahan 2012. Didoakan juga agar mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan seterusnya menjadi pelajar yang terbaik. Insya-Allah.