RSS

Program Hari Raya

Pihak kami mengalu-alukan sebarang program Hari Raya untuk anak-anak Baitul Husna. Pihak kami hanya boleh memenuhi undangan hanya pada hari Sabtu dan Ahad atau majlis yang diadakan di Baitul Husna. Sebagai maklumat tambahan, anak-anak Baitul Husna akan menduduki UPSR pada 22hb hingga 24hb September. Oleh yang demikian tarikh 18hb dan 19hb tidak dapat diadakan kerana ingin memberi ruang untuk anak-anak tersebut membuat persediaan yang terakhir. Hanya tarikh selepas UPSR akan diterima untuk sebarang program Hari Raya.

Sesiapa yang berminat sila hubungi Pengurus iaitu Sdr.Hilmi (0162327061) atau Sdr.Azlan (019-9507423) atau Sdr Mahadi (013-4897703).

Sumbangan Sempena Ramadhan

Pihak Baitul Husna ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada Baitul Husna. Sumbangan yang kami terima terdiri daripada barangan makanan, pakaiaan untuk anak-anak, wang ringgit dan juga sokongan moral. Kami sentiasa mendoakan agar semua para penyumbang diampunkan dosa oleh Allah Ta'ala dan dipermudahkan segala urusan di dunia & akhirat.

Para pengunjung blog juga boleh mengikuti aktiviti kami melalui facebook.

Senarai Majlis Iftar Terkini

Berikut adalah senarai terkini majlis iftar yang melibatkan anak-anak di Baitul Husna ;

1) 20hb Ogos Bersama CIMB di Hotel Vistana, Kuantan

2) 21hb Ogos Bersama para pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Baitul Husna

3) 24hb Ogos Bersama pihak ABIM & Wadah negeri Pahang di Baitul Husna

4) 25hb Ogos Di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Bt 5 Jalan Gambang

5) 26hb Ogos Bersama Pimpinan Majlis Belia Daerah Kuantan di Baitul Husna

6) 27hb Ogos anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang

7) 28hb Ogos para pelajar Kolej Islam Sultan Ahmad Shah (Kipsas) di Baitul Husna

8) 4hb Sept di hadapan perkarangan pejabat 7Eleven Indera Mahkota

Hanya ada beberapa hari sahaja yang masih kosong. Pada sesiapa yang berminat sila hubungi Pengurus untuk majlis iftar bersama anak-anak Baitul Husna. Anak-anak Baitul Husna akan pulang ke kampung pada 5hb September.

Sesiapa yang berminat untuk menganjurkan program bersama anak-anak Baitul Husna dialu-alukan sebelum tarikh mereka pulang ke kampung.

Majlis Iftar Dewanita Pahang

Di majlis iftar bersama Dewanita, pihak Baitul Husna telah menjemput seramai 64 orang anak yatim dan miskin sekitar Bukit Sekilau. Hanya 25 orang sahaja yang hadir. Setiap daripada mereka menerima sumbangan bernetuk wang tunai dan barangan makanan.

Pihak Baitul Husna amat prihatin terhadap kesusahan anak-anak yatim dan miskin yang tidak berpeluang menetap di Baitul Husna. Semoga dengan usaha kecil ini dapat menggembirakan anak-anak tersebut di bulan yang penuh barakah ini.

Kami merayu kepada semua pihak agar dapat menghulurkan sumbangan kepada pihak kami agar dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan.



Nasyid di Majlis Iftar Anjuran Dewanita Caw Pahang

Anak-anak Baitul Husna yang sedang membuat persembahan sempena majlis iftar anjuran Dewanita Pahang di Baitul Husna pada 14hb Ogos lalu. Ini adalah majlis iftar yang pertama di Baitul Husna.


Sekalung Penghargaan Kepada Pihak Yang Terlibat

Pihak Baitul Husna ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak Baitul Husna. Semoga usaha kalian semua dalam membela golongan yatim dan miskin berterusan walaupun di luar bulan Ramadhan kelak.

Pihak kami sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan kepada Baitul Husna untuk manfaat anak-anak di sini. Hanya Allah jua yang layak membalas jasa kalian semua.

Sekitar Pemberian Chocodate

Penyampaian oleh SU ABIM Negeri Pahang Sdr Mahadi Deraman. Lokasi di SK Tg Lumpur. Seramai 110 orang menerima daripada pihak Baitul Husna. Terima kasih kepada penyumbang.


Majlis Penyampaian Chocodate

Pihak kami telah berjaya manyampaikan sumbangan chocodate tersebut kepada semua pelajar yang layak menerima yang terdiri daripada anak yatim & fakir miskin. Berikut adalah butiran program ;

1) SK Bukit Sekilau ( 9hb Ogos) disampaikan oleh YDP PIBG SK Bukit Sekilau Tn Hj Emir Sham. Turut hadir Guru Besar Tn Haji Saudi.

2) SK Tg.Lumpur (10hb Ogos) disampaikan oleh SU ABIM Pahang Sdr Mahadi Deraman. Tazkirah disampaikan oleh Sdr Benzin, pendakwah daripada Masjid Permatang Badak. Turut hadir Guru Besar En. Azmi Yusof.

3) SK Permatang Badak (11hb Ogos) Sdr Ahmad Damanhuri selaku YDP ABIM Daerah Kuantan menyampaikan tazkirah dan menyampaikan chocodate kepada anak-anak yatim & miskin.

Majlis Penyampaian Chocodate

Pihak Baitul Husna ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada dua orang penderma yang telah menyumbangkan chocodate untuk diagihkan kepada 300 orang anak yatim dan miskin. Tiga buah sekolah yang terlibat iaitu SK Bukit Sekilau, SK Tg.Lumpur dan SK Permatang Badak.

Pihak kami merayu kepada orang ramai, agar dapat menyumbangkan kepada kami apa sahaja bentuk sumbangan untuk kami sampaikan kepada mereka yang memerlukan. Pihak kami hanya menguruskan urusan pengagihan dan urusan menerima sumbangan.

Semoga usaha kecil ini dapat menggembirakan mereka yang tidak berkemampuan. Hanya Allah jua yang berhak memberikan ganjaran kepada mereka yang terlibat dalam sumbangan tersebut.

Inilah rupa bungkusan chocodate. Sebagai makluman, chocodate ini dikilangkan di Dubai dan di import oleh sebuah syarikat pembekal kurma di negara kita.

Pengurus Baitul Husna sedang menyusun chocodate di SK Bukit Sekilau pada 9hb Ogos lalu.

Persembahan Nasyid di Muktamar Ikatan, ABIM & WADAH

Dua buah lagu didendangkan iaitu Nabi Anak Yatim & Selawat Badriah.




Anak-Anak Baitul Husna Di Masjid Saidina Ali Abi Talib

Ceria di rumah Allah. Semoga membesar dalam keredhaanNya.