RSS

PENGUMUMAN

Program Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak BHBS | Kepada pihak-pihak yang berhajat untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak BHBS, sila hubungi Sdr. Azreen di talian 019-9476424 untuk penyelarasan tarikh.

Tusyen Percuma "Teach For The Needs" | BHBS mempelawa anak-anak yatim dan pelajar-pelajar miskin untuk menyertai kelas tusyen percuma ini. Kelas pada Sabtu & Ahad jam 9.00 pagi - 11.00 pagi. Maklumat lanjut sila hubungi BHBS di talian 09-5132491

Pengambilan Penghuni Baru BHBS | BHBS sangat mengalu-alukan semua pihak yang mahu menempatkan anak-anak yatim perempuan di BHBS. Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menimbangkan semua permohonan yang diterima. Pengambilan penghuni BHBS adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Sebarang maklumat lanjut bolehlah diajukan kepada Sdr. Hisyam di talian 019-2301003


Menghadiri Majlis Pembukaan Rumah Anak Yatim Permata Al-Insyirah


 Pada 28/7/2011, anak-anak Baitul Husna Bukit Sekilau telah berkesempatan untuk menghadiri majlis kesyukuran sempena pembukaan rumah anak2 yatim Permata Al-Insyirah. Rumah anak yatim yang terbaru di Kuantan ini terletak di Kampung Sungai Isap, Kuantan. Majlis juga diadakan untuk menyambut bulan Ramadhan yg bakal tiba. 

Turut diadakan Solat Hajat dan jamuan makan. Anak-anak BHBS juga telah menerima sumbangan dalam majlis tersebut. Semoga Rumah Anak Yatim Permata Al-Insyirah akan terus maju jaya serta hubungan kerjasama dengan BHBS akan terus berkekalan.

0 komentar:

Post a Comment